Tuesday, July 14, 2009

Naik Genting - by Lipi





Halo..mase aku tgh sengkek bln lepas, bjaya gak tu naik Genting. Sememangnya aku mengaplikasikan sepenuhnya kata bidalan "biar papa, asal bergaya", hahaha..nie la bdk2 yg seangkatan mase naik Genting. Sume junior aku. Tapi prangai sume mcm pakcik dan makcik2..haha

Saturday, July 4, 2009

Aktiviti melepak di Dataran Merdeka Shah Alam *4 July 2009 (Sabtu)




Ape kabo sume..nmpknye penghuni2 blog nie sume malas nk update blog..tpakse la aku yg 'rajin' nie update kn..hehe (jgn mrh Dayoh) :P.
Aku de snap pic kanak2 mase lepak2 td..ska tgk bdk2 nie main..ade yg nangis, ade yg lari dari mak, ade yg brebutkn bola..dan mcm2 prangai lg :P.
Ni ade sdikit pic hasil tangkapan aku ptg td..huhu

Tuesday, June 16, 2009

Cookie Monster yg Chumel..hehe


haa..nie cik cookie monster yg aku bli semase aku join program khidmat bakti siswa (OPKIM) kat uitm mache dulu..meninggalkan memori yg sungguh mendalam...pergh..jiwang plak..hehe

Wednesday, June 10, 2009

.: Gathering :.

Tempat : Putrajaya
Date : 6th June 2009
Photographer : Lemongraphy | Lipi, Lemongraphy | daKBaik, Lemongraphy | dextrike


ntok pic2 yg d snap.. leh tgk kat www.flickr.com/lemonphotography.. or click je kat SINI.. ;)

p/s ntok Lemongraphy | Fira : oitt2, balik cepat ye! :P

Sunday, May 31, 2009

Ape Ini? *dextrike*

Mungeeee, sebutt betul2.. Mungeeee.. huh!

p/s : ntok lbeh jelas anda leh klik pic tuh.. pluss.. klick d sini jua ye : LEMON's FLICKR
thanx ntok yg suppot! ;)

Thursday, May 28, 2009

.: Badminton :.



act byk ag nak upload, ttibe xde mud.. haiyo.. nxt tym okeyh? ;)




psssttt, majulah sukan ntok negara!! :D hehe.. majulah jagung ntok pertanian! :))

Saturday, May 16, 2009

Taman Botani Shah Alam







Ya..mari rapat2..tadi aku gi Taman Pertanian/Botani kat Shah Alam..Perghh..mmg best la!!Siap ada umah 4 musim lagi..time aku gi td, tgh musim bunga. Mmg best la bunga2 dia..x pnah ku jumpa lg bunga2 camtu kat Malaysia nie..huhu

Friday, May 15, 2009

Saturday, May 9, 2009

Kondo best!



Saya br balik dr melawat membe saya yg juga merupakan follower Blog nie encik "Pet". Beliau nie duk kat kondo..memang best la view dari kondo beliau..dlm masa yg same saya bwk kamera..so, nie lah view yg bjaya saya rakam dr umah beliau tu.. :)

Monday, May 4, 2009

Memberku kawin daa..hehe






yea..mari2..nie pic bespren gwe bsanding pada 3hb May 2009..
kawin jgak ko ye Li..tahniah2.. :P






Friday, May 1, 2009

.: Magazine? :D :.


huhu, tym busan, edit pic nieh..men edit je.. blew da siap..
"alamokkk, cam mag kawen lo pulok!!.. :))" tp xpe laa, layan kan aje.. :D



model neih pandai posing! :D xyah ajar..gud2.. comel je.. ;)

Wednesday, April 29, 2009

Pak Sedaraku (Lipi)


Kamera jenis same..ape lg..kitorg gi "menembak" la..ahaha

Tuesday, April 28, 2009

.: Nak update jgakk! :P :.


huhu, skang ada hobi bru, update pic stiap mlm.. Peace ye LIPI :P

Lagi Pitcha!!





Monday, April 27, 2009

.: Innocence :.


ting tong! sje2 nak tunjuk! :))



Friday, April 24, 2009

.: Bz Semuanya!! (Part II) :.



huu, sy sempat siap kan dua ag pic..
so, slamat menjamu mata ntok melihat ye! heee.. ;)





Yang Sudah Mengantok,
Lemongraphy | dextrike

.: Bz Semuanya!:.

aaaa, hye hye!
lama x update..
sori2, wpon cam dok umah je, tp aku cuber ntok bz kan dirik,
n skang aku btoi2 jd bz.. T,T
Lemongraphy Fira bz ngan study,
Lemongraphy Lipi bz ngan keje..
so nk tggu pic2 bru tuh mmg agak lambat..
tp xpe, kena paham situasi masing2..
aku nak upload satu pic..
nanti aku upload ag ye! ;)



Yang Agak Kelam Kabut Sekarang :
Lemongraphy | dextrike


Monday, April 20, 2009

Graffitia Memoria!!




Hari ni aku saje balik keje awal sebab nak snap pic nieh..dah lame kepingin nk snap sbnrnye..cuma x berkesempatan..

Yang bikin panas - Ini merupakan salah satu kegiatan vandalism yang semakin berleluasa di kawasan Shah Alam..cube korang tgk..mmg berseni keje2 diorg nie..napela diorg x gi masuk skolah lukisan?byk lg bende yg diorg leh bt ngn seni yg diorg ade nie dr men'conteng' dinding2 yg sudah pastinye bukan hak milik mereka...aduss..

Yang best - Ramai fotographer duk amik pic2 graffiti nie..mmg diakui graffiti diorg nie mmg bes..cuma x kne saluran yg btul jek.

cheers~

Friday, April 17, 2009

.: Azlan & Watie :.

huhuhu, Fira dah.. Lipi da.. my turn lak..
tp bg aku da besh pic yg aku edit mlm ni.. nih je kot.. sob3..
klo nak tgk lg.. click kat SINI

Photographer & Edited : Lemongraphy | Dextrike

Thursday, April 16, 2009

Hadiah dari....... :)

.: Jum Study Bab 1 :.

Artikel ini di copy dari www.photomalaysia.com
Terima kasih kpd penulis tersebut ikhramhakim
=========================================================================================

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi tips dan idea untuk fotografer (aras permulaan / beginner).

Perkara yang ingin saya kongsi ialah perkara yang paling penting dalam menghasilkan imej yang "boleh pakai" terus dari kamera (useable image straight out of camera). Perkara yang saya maksudkan ialah EXPOSURE.

Terdapat 3 unsurutama yang mempengaruhi exposure sesuatu imej dan ketiga-tiganya saling bergantung antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah ISO, Shutter Speed dan Aperture. Saya cenderung menggunakan istilah THE EXPOSURE THRIAD (tetiga pendedahan "betul ke?")

Kita mulakan dengan ISO.

ISO dari aspek fotografi analog ditafsirkan sebagai petunjuk kesensitifan filem terhadap cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.

Dari aspek fotografi digital pula, ISO ditakrif sebagai kesensitifan sensor kamera terhadap cahaya. Ukurannya juga sama dengan ukuran kesensitifan filem. Semakin besar nombor, maka semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya. begitulah juga sebaliknya, semakin rendah nombornya maka semakin kurang sensitif sensor/filem terhadap cahaya.

ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.

Apa pula Shutter Speed?

Shutter Speed ialah tempoh bukaan shutter semasa kita menggambar.

Dari aspek fotografi analog, ia ditakrif sebagai tempoh filem didedahkan (exposed) kepada objek yang digambar. Begitu juga dari aspek fotografi digital. Cuma filem digantikn dengan sensor.

Shutter Speed diukur dalam unit saat. Atau dalam kebanyakan keadaan ia diukur dalam unit per seratus bahkan per seribu saat. Dalam kamera, sekiranya ditunjukkan nombor 20", ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 20 saat. Sekiranya nombor 20 ditunjukkan, ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 1/20 saat. Kebanyakan kamera mempunyai shutter speed bermula dari 30 saat hingga 1/8000 saat.

Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).

Aperture: Apa ni?

Secara umumnya, aperture ialah saiz bukaan lensa. Ia diukur dalam unit fX.Y. Dimana X dan Y adalah nombor contohnya f1.2, f1.4, f2, f2.8 dan seterusnya.

Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.

Pemilihan nilai aperture berkait rapat dengan satu istilah yang sering dimanipulasi oleh fotografer-fotografer profesional untuk menghasilkan imej yang ada unsur WOW!!!. Istilah tersebut ialah Depth of Field (Kedalaman Medan). Secara umumnya, DOF ialah medan / bahagian / zon dalam imej yang dalam fokus (In focus). Istilah DOF akan diterangkan dalam artikel saya yng akan datang.

Kesimpulannya, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aprture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash / lampu denyar).

Rasanya, cukup setakat ini dahulu untuk artikel pertama ini. Sekiranya para "OTAI" ingin menambah atau mengubah isi artikel ini, dengan segala hormat dan rendah diri saya mempersilakan.

Majulah Fotografi Untuk Negara....

-----------------------------------------------------------

Name Saye,
Lemongraphy | dextrike

Wednesday, April 15, 2009

Free Palestine Rally


Photographer & Edited : Lemongraphy | Fira